Monday 24 June 2013

Tricks 5 : Cara Lajukan Download IDM

Mula-muka buka IDM selepas itu di bahagian atas pilih downloads>options>Connection




Connection Type/Speed
Tukar kepada LAN 10Mbps 10000000

Default max. conn. number>16


Dan Save

Kadar penggunaan Internet Seharian Dunia

Inilah perkara yang berlaku dengan kegunaan internet seharian di dunia pada masa kini. media sosial makin banyak dan gilai oleh remaja seluruh dunia.



Memang menakjubkan, ini kerana terlalu banyak bilangan rekod yang telah dicatatkan. Tak hairanlah, pengguna internet semakin hari semakin meningkat.

sumber :  onlineeducation.net

Korea Selatan: Internet Terpantas Di Dunia

MUNGKIN di kalangan pembaca, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun Eropah.

Namun ketika artikel ini ditulis, Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan internet terpantas di dunia. Menjelang tahun ini, pengguna internet di Korea Selatan dapat memuat turun filem definisi tinggi dalam jangka masa dua saat sahaja. Kelajuan pasaran Jalur Lebar Korea Selatan dibangunkan dengan kadar yang luar biasa. Perkhidmatan jalur lebar yang pertama dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 1998. Ia mengambil masa dua tahun sahaja untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar tertinggi di dunia.

PERTAMA DI DUNIA
Pada tahun 2005, Korea Selatan selangkah ke hadapan dengan kejayaan menjadi negara pertama di dunia yang telah mentransformasi pertukaran penggunaan dial-up sepenuhnya kepada jalur lebar. Pada tahun yang sama, hampir 85% pengguna mempunyai akses internet sehinggan 1mbps.

Pada tahun 2010, kerajaan Korea Selatan yang bekerjasama dengan sektor swasta telah memulakan usaha untuk membekal kelajuan internet sehingga 1gbps. Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan berhasrat untuk menyambungkan kesemua rumah di Korea Selatan dengan kelajuan 1gbps.Kelajuan maksimum 1gbps dijangka hanya terdapat di bandar-bandar utama di Korea Selatan manakala pengguna internet talian tetap di bandar kecil dapat menikmati kelajuan di antara 50mbps-100mbps.

Mereka mempunyai dua pelan nasional jalur lebar iaitu Rangkaian Penyatuan Jalur Lebar (BCN) dan IT839.
Kedua-dua memfokus kepada mewujudkan rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan berkomunikasi pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti, termasuk telefon tetap dan mudah alih, komputer peribadi, rangkaian rumah dan peralatan lain.

BCN TERBAIK DUNIA
Pada tahun 2004, kerajaan memilih tiga konsortium yang diketuai oleh Korea Telecom (KT), DACOM dan Korea Selatan Telekom (SKT) untuk membangunkan percubaan BCN dengan menggunakan pembiayaan sendiri. Matlamat kerajaan Korea Selatan ialah untuk menubuhkan BCN terbaik di dunia yang boleh menyediakan perkhidmatan multimedia jalur lebar kepada 100 juta isi rumah yang menggunakan perkhidmatan talian tetap dan 100 juta pengguna perkhidmatan tanpa wayar. BCN diikuti oleh rangkaian penumpuan Ultrabroadband (UBCN) program yang akan dijalankan antara 2009 dan 2013. Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan jalur lebar dengan 1 kelajuan Gbps.
NEGARA PALING AGRESIF BANGUN JALUR LEBAR
Pada awal tahun 2011, Korea Selatan dinamakan sebagai negara paling agresif oleh perancangan kerajaan ke arah pembangunan jalur lebar dalam satu kajian yang membandingkan 16 buah negara. Korea Selatan telah membuat satu pelan induk ataupun ‘master plan’ sejak 10 tahun yang lepas. Dengan adanya strategi pembangunan jalur lebar negara yang sangat mantap dan amat terperinci, mereka dapat melaksanakan projek menaik-taraf tanpa ada sebarang masalah.

Luar biasa sekali, kerajaan Korea Selatan merancang untuk membelanjakan kurang daripada satu peratus daripada bajet kepada pelan, yang bercadang untuk mengisi jurang dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta.Tambahan, satu fakta yang paling menakjubkan ialah, usaha projek menaik-taraf kelajuan internet telah mendapat sokongan penuh daripada para ahli politik.

Soalan pertama yang akan timbul, mengapa Korea Selatan berusaha untuk membekalkan kelajuan yang pada pandangan penulis, amat luar biasa kepada penduduk mereka?

KE ARAH HARI ESOK
Jawapan yang tepat ialah mereka telah melihat potensi yang amat besar sekiranya kelajuan internet dipertingkatkan. Bagi mereka, kelajuan internet luar biasa dapat merubah landskap kehidupan.Jika saya bertanyakan kepada pengguna internet biasa, mungkin jawapan yang diperolehi ialah bukankah kelajuan broadband talian tetap di negara kita sudah memadai untuk kehidupan seharian biasa atau sekadar ingin melayari facebook atau twitter, baca berita secara online, menerima dan menghantar email kepada rakan-rakan.

Tujuan kita melayari internet bukan sahaja untuk membaca berita, mencari maklumat dan informasi, memuat turun lagu ataupun filem, membeli barang secara online tetapi lebih daripada itu. Mereka ingin mengaplikasikan sepenuhnya teknologi internet dalam kehidupan mereka. Internet adalah satu medium bertujuan menghubungkan komuniti dan pada masa yang sama, memudahkan segala perkerjaan. Lebih daripada 94% isi rumah Korea Selatan sudah mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan Korea mempunyai jumlah tertinggi pelanggan perkhidmatan jalur lebar di dunia pada tahun lepas.

INSENTIF
Korea Selatan telah pun menjadikan pembinaan jalur lebar sebagai keutamaan negara dan dalam kes-kes yang tertentu, kerajaan telah memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta untuk turut serta membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi. Dengan cara ini, ia dapat menghalang pemain utama daripada memonopoli perniagaan mereka, menggalakkan persaingan dan inovasi.

Di Korea Selatan, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dari syarikat kabel atau telekomunikasi. Tetapi mereka juga boleh memilih di kalangan pembekal bebas yang diberi akses oleh kerajaan menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada pengguna. Kerajaan Korea Selatan juga telah memberi insentif kepada pengguna dengan memberikan subsidi untuk menarik banyak lagi pengguna melanggan talian tetap.

Tambahan dengan persaingan sihat di antara syarikat komunikasi swasta mahupun bebas, harga yang ditawarkan sangat murah dan dari segi kebaikannya, menguntungkan pengguna. Pelik tetapi benar, kerajaan Korea Selatan tidak meletakan sasaran untuk mencapai kelajuan internet 100,200 ataupun 500mbps, sebaliknya telah meletak sasaran nasional untuk mencapai kelajuan 1000mbps(1gbps) pada tahun 2012.

NEGARA KITA BERBANDING KOREA SELATAN
Di negara kita, kelajuan internet paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps, manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs untuk rangkaian 3G. Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan 42mbps .

Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami krisis ekonomi 1997. Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan. Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital.

Penduduk mereka boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar sewa DVD. Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara, peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan pekerjaan pada masa depan.
Petani menggunakan internet sebagai wadah untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran.

Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar. Selain itu, rakyat Korea Selatan menggunakan sepenuhnya manfaat internet untuk membaiki tahap pembelajaran bahasa Inggeris.
 
Sumber : mstar.com

Tuesday 18 June 2013

JDownloader Movie Dengan Cepat Mudah

Anda pernah dengar JDownloader? Ianya seperti Internet Download Manager (IDM) tetapi ia ada kelebihannya iaitu :-


  • x perlu lagi nak beli premium akaun sebab dapat download speed premium user.
  • x perlu pening2 nak download dari host Filesonic,Fileserver,Hotfile dan seangkatan dengannya yang memerlukan kita taip CAPTCHA setiap kali nak download dimana JDownloader akan Auto-Captcha lepas beberapa kali pengecaman atau recognize dilakukan.
  • Ia amat sesuai terutamanya untuk kaki download game atau movie Blu Ray.

Cara Installation JDownloader :
Step 1: DOWNLOAD dan Install
Step 2: selepas download dan install,kita perlu install java.
Step 3: Restart PC
Step 4: DOWNLOADAnti-Recaptcha JDownloader dan extract file. 

P/S : Pastikan update  JDownloader terlebih dahulu,  sebelum install Anti-Recaptcha JDownloader ni. 
Cara Installation Anti-Recaptcha JDownloader :
Step 1 : download file tersebut dan extract akan kluar 1 directory ber'rename'kan 'jd'
Step 2 : copy dir 'jd' ke jDownloader (e.g. c:\program files\jDowloader and paste.
Step 3 : Restart PC / Laptop

P/S : Lepas install Anti-Recaptcha JDownloader ni, pastikan anda jangan sekali-kali update JDownloader kita.

Step 4 : sekarang dah boleh update.Tetapi, first anda kene delete dulu file. C:\Program Files\JDownloader\jd\captcha\methods\anti-r-c_ST
Step 5 :  selepas update,copy paste balik folder jd , replace file lama.

Kadang-kadang ia tidak berfungsi lagi jika hoster Fsrv, FS, HF etc. dapat detect bende ni, dorang akan tingkatkan lagi sistem diorang. So, korang jangan risau sebab pembina software ni akan update selalu software dia ni.
Selamat mencuba.







Monday 17 June 2013

10 Langkah Mengatasi Jenayah Siber



1. Jenayah siber berpunca dari internet. Benteng pertama untuk melindungi komputer adalah Firewall. Windows sudah menyediakan Firewall pada semua sistem operasinya. Aktifkan Windows Firewall dengan klik pada Control Panel  > Windows Firewall.

 2. Setelah Firewall diaktifkan, sesebuah komputer perlu ada Antivirus. Tidak kira berbayar atau percuma, ia penting untuk perlindungan setiap masa komputer. Contoh antivirus seperti Avira, Kaspersky, AVG dan Sophos.

 3. Hidupkan Spam Blocker. Kebanyakkan penyedia internet menyediakan fungsi spam blocker untuk mencegah mesej-mesej yang tidak diperlukan seperti spam dan phishing email masuk ke inbox.

 4. Kaedah penyulitan (encryption) di mana setiap data penting perlu melalui proses penyulitan menggunakan perisian tertentu di internet.

 5. Berhati-hati dengan laman web yang meminta maklumat peribadi. Ini adalah kes biasa berlaku dan amat banyak berlaku dalam jenayah siber Malaysia. Laman web yang dilayari perlu diyakini 200% sebelum memberikan sebarang maklumat peribadi.

 6. Jika membuat pembelian secara dalam talian (online), proses pembayaran perlu selamat. Contohnya transaksi antara bank perlu dalam format https:// atau TRUSTe atau VeriSign. Jika ragu-ragu dengan proses transaksi, tinggalkan sahaja.

 7. Terpedaya dengan janji manis. Cepat sangat cair jika diberi hadiah dan umpan wang. Khas untuk wanita, banyak kes berlaku di Malaysia membabitkan warga asing yang menipu golongan wanita. Mereka meminta wang dan ditaburi dengan sejuta janji manis. Penyelesaiannya, jangan syok sendiri.

 8. Tinggalkan sahaja email spam dalam akaun email. Spam yang telah dianalisa oleh penyedia email seperti Gmail dan Yahoo Mail adalah 99.99% tepat. Cubaan membaca dan percaya pada email spam adalah satu tindakan kurang bijak. 

9. Tinggalkan sesuatu tawaran yang terlalu bagus untuk dipercayai.

 10. Jangan pasang Toolbar atau perisian yang kita muat turun dari internet tanpa mengetahui tujuan perisian tersebut. Bimbang ianya adware yang cuba mencuri data peribadi secara senyap. Ini adalah kategori jenayah siber yang amat pintar untuk menipu kita.




P/S: salah satu cara atasi jenayah iaitu menggunakan servis VPN bagi menjamin keselamatan anda semasa melayari sesuatu laman web.

Sumber: http://blog.anjungpc.com

Sunday 16 June 2013

Tricks 4: Bypass utk ke website Fileserve, Magaupload dan lain2 (tanpa VPN)

 Berikut adalah senarai website yang diblok oleh SKMM :-




Bosan tidak boleh download? So, cara nak bypass adalah menggunakan DNS google.. 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 setting dia pegi kat network adapter.. properties seperti gambar dibawah :-


FREE DNS SERVERS:

=> Service provider: Google
Google public dns server IP address:

8.8.8.8

8.8.4.4



=> Service provider:Dnsadvantage
Dnsadvantage free dns server list:

156.154.70.1

156.154.71.1



=> Service provider:OpenDNS
OpenDNS free dns server list / IP address:

208.67.222.222

208.67.220.220



=> Service provider:Norton
Norton free dns server list / IP address:

198.153.192.1

198.153.194.1



=> Service provider: GTEI DNS (now Verizon)
Public Name server IP address:

4.2.2.1

4.2.2.2

4.2.2.3

4.2.2.4

4.2.2.5

4.2.2.6



=> Service provider: ScrubIt
Public dns server address:

67.138.54.100

207.225.209.66



Other anti-censorship DNS servers:

85.88.19.10 (German Xail.net) sehr schnell!

85.88.19.11 (German Xail.net)

87.118.100.175 (German Privacy Foundation e.V.)

94.75.228.28 (German Privacy Foundation e.V.)

62.141.58.13 (German Privacy Foundation e.V.)

85.25.251.254 (German Privacy Foundation e.V.) langsam!

85.214.73.63 (FoeBuD e.V.)

212.82.225.7 (ClaraNet)

212.82.226.212 (ClaraNet)

213.73.91.35 (Chaos Computer Club Berlin)

58.6.115.42 (OpenNIC, Australien)

58.6.115.43 (OpenNIC, Australien)

119.31.230.42 (OpenNIC, Australien)

200.252.98.162 (OpenNIC, Brasilien)

217.79.186.148 (OpenNIC, Deutschland)

82.229.244.191 (OpenNIC, Frankreich)

216.87.84.211 (OpenNIC, USA)

2002:d857:54d2:2:20e:2eff:fe63:d4a9 (OpenNIC, IPv6 USA)

2001:470:1f07:38b::1 (OpenNIC, IPv6 USA)

2001:470:1f10:c6::2 (OpenNIC, IPv6 USA)

66.244.95.20 (OpenNIC, USA)

204.152.184.76 (f.6to4-servers.net, ISC)

2001:4f8:0:2::14 (f.6to4-servers.net, IPv6, ISC)

194.150.168.168 (dns.as250.net; anycast DNS!)

80.237.196.2 (Erdgeist)

194.95.202.198 (UDK Berlin)

88.198.130.211 (Dataflash)

78.46.89.147 (ValiDOM)

129.206.100.126 (URZ Uni Heidelberg)

79.99.234.56 (justnet.ch, Schweiz)

208.67.220.220 (OpenDNS)

208.67.222.222 (OpenDNS)

156.154.70.22 (Comodo Secure DNS)

156.154.71.22 (Comodo Secure DNS)

85.25.149.144 (Freie DNS-Server)

87.106.37.196 (Freie DNS-Server)

8.8.8.8 (Google Public DNS)

8.8.4.4 (Google Public DNS)

88.198.24.111 (jali/CCCHB) 

Sunday 9 June 2013

Tricks 3 : Cara Mudah Tingkatkan Signal Broadband


Salam semua. hari ini admin nak berkongsi lagi tutorial mudah dengan korang berkenaan dengan Cara Mudah Tingkatkan Signal Broadband. Cara ini amat mudah dimana korang tak perlu susah2 nak "hack" broadband. mungkin dah ramai yang pernah cuba cara ini. tapi ia memang membantu tingkatkan signal. Tutorial ini admin dapat dr satu website : credit kpd duniakongsi.net

Perkara asas yang korang perlukan ialah :

1. pc atau laptop
2. broadband
3. USB adapter. yang murah2 pun takpe, asalkan mempunyai wayar yang panjang. lagi panjang..lagi bagus. senang untuk korang mencari kawasan yang mempunyai signal lebih tinggi



4. tin, tudung tin dan benda yang sewaktu dengan yer.

Korang juga boleh ganti tudung dengan tin itu sendiri. tahap gema dan pantulan tin yang tinggi akan meningkatkan lagi signal broadband korang. banyak lagi cara yang lebih kurang sama sebenar yer. tapi yang penting, korang memerlukan medium yang bersifat konduktif untuk memperkuatkan lagi signal broadband. 


Antara gambar "projek" lain. nampak macam pelik jer kan..huhu. tapi cara ini memang berkesan :







Pada streamyx pun korang boleh buat sebenar yer. yang penting korang kena kreatif dan pandai mencuba. semoga korang berjaya buat yer. 

P/s: Broadband signal + VPN = superb :-)

Thursday 6 June 2013

Tricks 2 : Internet laju

Kali ini saya ingin berkongsi 2 tricks bagi meningkatkan kelajuan internet anda

1. Reset Windows Network Socket.

Sebuah operasi sistem menggunakan network sockets untuk mengirimkan informasi melalui jaringan itu. Namun, soket jaringan ini dapat menjadi overload dari waktu ke waktu jika tidak dilakukan reset.
 

Untuk mereset soket jaringan, jalankan "Run..." dan ketik "cmd" untuk membuka aplikasi Command Prompt Windows. Beri perintah dengan mengetik "netsh winsock reset" lalu tekan Enter. Untuk menyelesaikan perubahan, restart komputer terlebih dulu.
 
2. Tingkatkan kecepatan Internet Explorer.
 
Buka aplikasi Command Prompt Windows, ketik "regsvr32 actxprxy" lalu tekan Enter. Langkah ini akan menambah kecepatan Internet Explorer sekitar 10%. 
 

selamat mencuba.

Blogger templates